Sabtu, 14 Mac 2009

salam...
ari nie ari sabtu 14hb 3 2009....ari agak bosan sbb dok umah jew...tgk tb jew
my mom n dad sekarang kat seberang gah bercuti pi melawat ke makam2 suci diorang pi gan uncle mirul gan unty ana...aq nk gak pi tapi mungkin lum masenye xpela nanti aq akan pi gak mungkim keseluruh pelusuk negara..tapi gak dok umah jage dik kecik nie...iskandar zulkarnain...mementang la sekarang die dah leh berjalan n mulut sekang dah mula bising2...pantang tgk aq cepat jew nk melekat,die mmg manje gan aq berdanding gan 2 lg kak die...kla cukup smpai cni jew kot nanti aq sambung lagi ea...salam.... dada...

Ahad, 8 Mac 2009

Renungan

Bila ilmu dikuasai terhubunglah akal dan hati,
maka bersatulah duniawi dan ukhurawi di dalam diri...

Rasa cinta adalah satu anugerah tuhan pada hambanya,
dan kerananya manusia sanggup lakukan apa sahaja,
asalkan dia memiliki apa yang yang dicita...


Setiap detik pertemuan pasti berakhir dengan noktah perpisahan...yang penting redha dengan apa yang telah ditetapkan...jadi hargailah setiap detik pertemuan itu gunakanlah ia dengan sebaiknya,jadi bila ianya berakhir dengan perpisahan kita pasti tidak kecewa...

Orang kata "cinta itu buta" memang betul contoh seperti cinta Rasulullah pada Khadijah baginda xpandang usia,rupa,harta mahupun tahta...tidak seperti sekarang ungkapan itu seperti satu maksiat maka kerana cinta itu butalah banyak bayi yang xsempat melihat dunia dan hidup tanpa ibu dan ayah...

Orang juga kata "cinta itu suci" memang betul contoh seperti cintanya Adam pada Hawa walaupn bertahun2 berpisah akhirnya bertemu semula..tidak juga seperti sekarang ungkapan cinta itu suci jadi dah xsuci dan kerana ungkapan ini disalah guna jadi lahirlah generasi yang rosak dan xbermoral...

Kata orang "cinta itu tulus" memang benar seperti tulusnya cinta saidina Ali pada Fatimah yang sanggup bekorban apa sahaja...tidak seperti sekarang istilah cinta itu tulus bermula dengan kata yang manis sanggup redah itu redah ini itu yang membuatkan generasi sekarang jadi tiada nilai lagi dengan kata2 manis tu abis semua hukum dibuang sebab bisikan syaitan...

Nikmatilah cinta itu dengan sebenar-benarnya,fahamilah makna sebenar cinta itu,yang paling penting jagan lupa cintailah Illahi kerana ini adalah cinta yang abadi dan hakiki...

Setiap yang bercinta pasti ada kenangan jadi semadikanlah ia dalam ingatan hingga kita kecapi kebahagiaan...cinta itu hanya sementara...tapi kenangan itu kekal...kenangan yang baik jadikan ingatan kenangan yang buruk jadikan pedoman...

Jika cinta itu indah pasti ada cinta yang lebih indah...


Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta kesucian dirinya.....